Aktiviti Convoi ke Pendalaman (Kawasan Labi & Teraja)

Sepertimana hasrat perancangan aktiviti-aktiviti BBC pada tahun ini telah pun dijalankan mengikut jadual yang telah dimaklumkan sebelum ini.   Pada 04hb Apr 2010, Ahad...seramai 28 ahli BBC telah menyertai perjalanan sejauh 45 km dari jalan Sungai Liang menuju ke Kg Labi dan seterusnya ke Kg Teraja.
 Sepanjang perjalanan, kami singgah di satu tempat Teman Rekreasi Hutan Luagan Lalak, Labi.  Tempat ini masih dalam proses pembinaan baik pulih dan ianya sesuai untuk bersiar-siar membawa keluarga lebih-lebih lagi ketika musim cuti persekolahan dan hujung minggu.
Dalam jarak 300 meter kelihatan ada terdapat sebuah pondok yang dibena di atas sepohon pokok Pelik kan Tapi Benar, bagi yang belum pernah berkunjung ditempat berkenaan akan merasa terkilan akan ujudnya pondok berkenaan (Lihat gambar atas).
 Perjalanan melimpasi Kg Labi dan seterusnya menuju ke Kg Teraja.  Setibanya kami di sana, kami dijemput naik ke rumah Panjang Kg Teraja, cuma beberapa keluarga yang hanya kami temui.  Kami berehat seketika sambil melihat pemandangan di Kg berkenaan. 
Sebelum meneruskan perjalanan Yang Di-Pertua BBC S53 Jahali bin Suhaili berkesempatan untuk mendatangani buku lawatan yang sudah tersedia khusus bagi pelawat-pelawat dari dalam negeri mahupun luar negara yang berkunjung.
 Kami meneruskan perjalanan menuju ke Taman Peranginan Wasai Wong Kadir, Labi.  Tempat ini juga sangat menarik sesuai untuk perkelahan, yang menariknya sebahagian dari kami belum pernah berkunjung di taman berkenaan dan ianya akan menjadi suatu restaan dan kenangan dikemudian hari.  Wasai Wong Kadir mempunyai daya terikan yang kuat malahan keindahan alam semula jadinya bagaikan mempunyai daya pencetus ilham yang kuat. Perjalanan menuju ke wasai Wong Kadir mengambil masa dalam 15 minit masuk kedalam terpaksa lah menuruni gaung kecil yang sedikit curam, jalan yang berbatu-batu dan kawasan jalan yang agak lincin.  AWAS-AWAS saja jgn pandang belakang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan