Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Mac 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Mac 2010. Papar semua catatan

HAPPY RIDE Bersama YDP S53 Jahali bin Suhaili

Pada 19hb Mac 2010, Buat pertama kali Bersatu Bikers Club (BBC) telah mengadakan Konvoi `HAPPY RIDE' bersama YDP yang baru S53 Jahali bin Suhaili bersama Timb YDP S55 Zaini bin Hj Pudin.  Perjalanan konvoi melalui jalan Jerudong Park menuju ke Tutong dan last trip ke sempadan Rasau dan seterusnya menuju ke bandar Kuala Belait.
 
  
 
Sebelum meneruskan perjalanan doa selamat dibacakan oleh S50 Hj Saharom

Majlis Mesyuarat Agung Kali Ke Dua Bersatu Bikers Club pd 07hb Mac 2010 bertempat Pusat Belia & Sukan

  Bandar Seri Begawan - 07hb Mac 2010 jam 0203 petang, Alhamdullilah Majlis Mesyuarat Agung Kali Ke Dua bagi perlantikan Ahli Jawatankuasa tadbir 2010-2012 serta merayakan Hari Ulang tahun Bersatu Bikers Club yang ke dua tahun telah pun terlaksana dijalankan bertempat di Bilik Mesyuarat Silaturrahim Pusat Belia & SukanBandar Seri Begawan.


        
Seramai 52 ahli Bersatu Bikers Club telah pun hadir bagi sama-sama menjayakan majlis ini.  Setelah undian dari ahli-ahli Bersatu Bikers Club yang hadir maka dengan ini S53 Yang Mulia Jahali bin Suhaili dilantik menjadi Yang Di-Pertua Bersatu Bikers Club 2010-2012 dan S55 Yang Mulia Zaini bin Hj Puddin dilantik menjadi Timbalan Yang Di-Pertua Bersatu Bikers Club.   Majlis disudahi dengan bacaan Doa Kesyukuran dan seterusnya menikmati jemuan.  
Yang Di-Pertua BBC yang baru sesi 2010-2012
Yang Mulia S53 Jahali bin Suhaili
 
Timb Yang Di-Pertua BBC yang baru sesi 2010-2012 
Yang Mulia S55 Zaini bin Hj Puddin

Gambar di bawah adalah Ahli Jawatankuasa Tadbir yang baru sesi 2010-2012