BBC MENYERTAI PESTA SANTAI MUARA 23, 24 & 25 MAC 2012

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya melepaskan penyu jenis Lipas dan Kang Kam di Pantai Muara semasa merasmikan Pest Santai Muara 2012 bermula 23,24 & 25 Mac 2012
Yang Berhormat Pehin melawat pameran
Petikan dari Media Permata BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac 2012 - Dalam usaha untuk menyuntik sesuatu yang baru ke dalam industri pelancongan negara, Majlis Perundingan Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong (MPK Muara) menganjurkan Pesta Santai Muara 2012 (PSM 2) selama tiga hari di Pantai Peranginan Muara, yang bermula hari ini hingga 25 Mac ini.Antara objektif pesta itu ialah untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk tempatan dalam mengungkayakan acara kampung serta sebagai usaha ke arah mengutip dana untuk anak-anak yatim di kampung-kampung berkenaan di samping menyokong kempen pelancongan domestik 'Kenali Negara Kitani' (KNK).
Hadir untuk merasmikan  ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.  Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pesta Santai Muara 2012 dan juga Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, dalam kata alu-aluan beliau menyatakan bahawa tema PSM 2, iaitu Pelancongan yang Bertanggungjawab Untuk Semua, membawa mesej untuk menggalakkan lagi konsep Kenali Negara Kitani (KNK) iaitu melancong di dalam negara sendiri serta untuk bertanggungjawab dalam semua aspek memelihara atau menjaga persekitaran alam semula jadi di samping beriadah sambil beramal.
Pameran dari BBC Bikers
Di samping itu juga, pengunjung-pengunjung juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik cabutan bertuah dengan hanya perlu membeli tiket amal cabutan bertuah bernilai $2 setiap satu di mana 10 hadiah disediakan setiap hari untuk dimenangi dengan cabutan dibuat pada pukul 4 petang setiap hari dan pada hari terakhir cabutan bagi hadiah utama iaitu sebuah Televisyen LCD 60 inci akan dibuat.Selain dari gerai persembahan, permainan, jualan dan cabutan bertuah, pelbagai acara pertandingan untuk menyerikan acara akan diadakan termasuk peraduan melukis dan mewarna, pertandingan fotografi, pameran kereta dan motosikal, pertandingan tarik kalat, pertandingan membina rekaan pasir, pertandingan fotografi dan pameran serta kuiz penyu.

BBC DE TOUR TO KOTAKINABALU & LABUAN 2012

Pada 3,4,5 & 6 Mac 2012 yang lepas, seramai 05 ahli dari Bersatu Bikers Club (BBC) yang diketahui oleh Timb YDP Zaini telah mengadakan trip to KotaKinabalu dan seteruskan ke Wilayah Labuan. Penginapan di Hotel Pantai Veaw Labuan dan seterusnya membuat kunjungan lawatan ditempat-tempat yang menarik.

BRUNEI BIKE WEEK 2012

Kelab Independent Motor dan Cityneon berkerjasama menganjurkan Minggu Bike kali Ke Dua telah berlangsung  pada 02 hingga 04 Mac 2012 di Jerudong Park Amphitheatre.  Minggu Bike disertai oleh perserta dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.  Manakala peserta Sabah, Sarawak dan Kalimantan akan menunggang motosikal mereka ke Brunei bagi acara berkenaan.  Minggu Brunei Bike 2012 diadakan selama 3 hari dengan pelbagai aktiviti yang telah pun dirancang antaranya ialah gusti tangan, Burn out, Pertunjukan kereta, Racing Cup Prix, pertandingan melukis motosikal dan banyak lagi.  Salah satu acara kemuncak ialah menunggang motosikal ke Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kebangsaan ke-28
Pada 2 Mac 2012 - Taman Permainan Jerudong sekali lagi digegarkan oleh ratusan motosikal berbagai jenama dan bentuk dari kecil dan besar dalam acara Minggu Motosikal Brunei 2012 (Brunei Bike Week 2012) anjuran Independent Motorcycle Club (IMC) yang berlangsung.Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan acara ini ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan dialu-alukan oleh Presiden IMC Pengiran Husairi bin Pengiran Haji Matusin.  Dikelilingi oleh ratusan motosikal, Tetamu Kehormat seterusnya dijemput naik ke pentas bagi merasmikan Brunei Bike Week 2012 dengan menghidupkan enjin sebuah motosikal diikuti dengan kesan bunyi drum yang kuat dan Yang Berhormat Pehin juga menerima cenderahati dari pihak penganjur.'Brunei Bike Week' dianjurkan sebagi inisiatif mempromosikan kempen pelancongan 'Kenali Negara Kitani' yang dikelolakan oleh Pelancongan Brunei dengan menggalakkan kepada orang ramai memberikan sokongan supaya menempatkan Brunei sebagai antara destinasi pelancongan.Acara perasmian Minggu Motosikal Brunei 2012 ini diakhiri dengan cabutan bertuah dengan hadiah berupa sebuah motosikal Yamaha 'Mio Fino'.

BBC DARI 16 BUAH MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI JELAJAH SARAWAK, MALAYSIA

PETIKAN UTUSAN BORNEO SIBU SARAWAK MALAYSIA:   Sebanyak 16 motosikal berkuasa tinggi daripada Bersatu Bikers Club (BBC) menyertai konvoi menjelajah seluruh negeri termasuk merentasi negara jiran Brunei, bermula kelmarin.  Konvoi yang dijadualkan berakhir di Kuching pada 1 Januari depan dipimpin oleh Timb YDP BBC Zaini Budin.   Menurut Timb YDP BBC Zaini, walaupun penjelajahan tersebut diada-kan pada musim hujan tetapi ia tetap menyeronokkan bagi mereka.  “Musim hujan satu cabaran…tetapi ia tetap menyeronokkan dengan menikmati keindahan alam di samping jalan raya yang bagus untuk penganjuran konvoi sedemikian,” katanya.Pelancaran konvoi tersebut telah diadakan di sebuah Restoran terkemuka di sini. Zaini berkata, selain itu, mereka juga akan menyambut kedatangan Tahun Baru 2012 dengan gaya tersendiri.  Konvoi kali ini ujar beliau, akan dicatatkan sebagai salah satu program untuk tahun 2012.  Pada masa yang sama, mereka turut menyebarkan mesej kepada orang ramai untuk menjaga keselamatan ketika memandu.  Tambahan Timb YDB melaliu Facebok berkata ~ Alhamdulillah nama "BERSATU BIKERS CLUB" serta gambar sudah dimasukan dalam "UTUSAN BORNEO SARAWAK" beberapa bulan yang lepas jadinya BBC telah melangkah setapak lagi kehadapan dan telah dikenali jiran terutama sebelah Sarawak Malaysia.

PERLAWANAN BULU TANGKIS DIANTARA BBC DAN KEKAL BIKERS PADA 29 OKT 2011

Pada 29 Okt 2011 bertempat Dewan Bulu Tangkis Daerah Tutong. Perlawanan persahabatan ini adalah atas undangan Persatuan Kekal Daerah Tutong yang mana buat pertama kalinya perlawanan persahabatan diadakan  Kita pasti kedua pasukan Bikers mempunyai kelebihan tersendiri dan mempunyai persiapan yang rapi untuk memberikan persembahan terbaik pada pertemuan kali ini kalah manang memang adat permainan. BBC yang diketui oleh Timb Persatuan B55 Zaini bin Hj Pudin serta ahli-ahli BBC yang ikut serta.

DONATION FOR QUAKE, TSUNAMI VICTIMS JAPAN

Petikan akhbar 6 Okt 2011 - The Embassy of Japan yesterday received a contribution from a non-government organisation for the relief and long-term recovery fund for Japan's earthquake and tsunami victims.   GreenFrog Management Services organised charity drives and collected $1,418, which was handed over to Japanese Ambassador to Brunei Darussalam Hirose Noriki in a ceremony.
The donation came from a charity bus trip to Miri and a Charity Bike Ride in collaboration with Bersatu Bikers Club (BBC), said Hj Rozan Hj Kaderi, Group Operational Manager of GreenFrog Management Services.   GreenFrog Management Services also handed over a "Care for Japan" T-shirt to the ambassador, as part of the efforts to raise awareness and disclosure on charity ventures for the less unfortunate

"Bersatu Bikers Club Makes Raya Visits to Members' Houses"

Pada 25 Sep 2011 - A group of Bersatu Bikers Club led by its president, Awang Jahali bin Suhaili, visited the residences of the club members in the vicinity of Kampong Lambak Kiri, Kampong Mata-Mata and Kampong Mulaut. The Hari Raya visit included a visit to the residence of Pg Sulaiman bin Pg Haji Shamsuddin in Kampong Lambak Kiri, the residence of Md Nooh in Kampong Mata-Mata and the residence of Hj Azmi bin Hj Sani in Kampong Mulaut.  The president told the Bulletin that the visit aimed to foster closer ties among the club members as well as to give them opportunities to spend quality time together, enabling them to exchange and share views among themselves.