BBC MENYERTAI PESTA SANTAI MUARA 23, 24 & 25 MAC 2012

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya melepaskan penyu jenis Lipas dan Kang Kam di Pantai Muara semasa merasmikan Pest Santai Muara 2012 bermula 23,24 & 25 Mac 2012
Yang Berhormat Pehin melawat pameran
Petikan dari Media Permata BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac 2012 - Dalam usaha untuk menyuntik sesuatu yang baru ke dalam industri pelancongan negara, Majlis Perundingan Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong (MPK Muara) menganjurkan Pesta Santai Muara 2012 (PSM 2) selama tiga hari di Pantai Peranginan Muara, yang bermula hari ini hingga 25 Mac ini.Antara objektif pesta itu ialah untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk tempatan dalam mengungkayakan acara kampung serta sebagai usaha ke arah mengutip dana untuk anak-anak yatim di kampung-kampung berkenaan di samping menyokong kempen pelancongan domestik 'Kenali Negara Kitani' (KNK).
Hadir untuk merasmikan  ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.  Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pesta Santai Muara 2012 dan juga Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, dalam kata alu-aluan beliau menyatakan bahawa tema PSM 2, iaitu Pelancongan yang Bertanggungjawab Untuk Semua, membawa mesej untuk menggalakkan lagi konsep Kenali Negara Kitani (KNK) iaitu melancong di dalam negara sendiri serta untuk bertanggungjawab dalam semua aspek memelihara atau menjaga persekitaran alam semula jadi di samping beriadah sambil beramal.
Pameran dari BBC Bikers
Di samping itu juga, pengunjung-pengunjung juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik cabutan bertuah dengan hanya perlu membeli tiket amal cabutan bertuah bernilai $2 setiap satu di mana 10 hadiah disediakan setiap hari untuk dimenangi dengan cabutan dibuat pada pukul 4 petang setiap hari dan pada hari terakhir cabutan bagi hadiah utama iaitu sebuah Televisyen LCD 60 inci akan dibuat.Selain dari gerai persembahan, permainan, jualan dan cabutan bertuah, pelbagai acara pertandingan untuk menyerikan acara akan diadakan termasuk peraduan melukis dan mewarna, pertandingan fotografi, pameran kereta dan motosikal, pertandingan tarik kalat, pertandingan membina rekaan pasir, pertandingan fotografi dan pameran serta kuiz penyu.

1 ulasan:

  1. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius, call/whats-App Contact Number +918929509036 via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    BalasPadam