Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Amal Kebajikan BBC 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Amal Kebajikan BBC 2011. Papar semua catatan

DONATION FOR QUAKE, TSUNAMI VICTIMS JAPAN

Petikan akhbar 6 Okt 2011 - The Embassy of Japan yesterday received a contribution from a non-government organisation for the relief and long-term recovery fund for Japan's earthquake and tsunami victims.   GreenFrog Management Services organised charity drives and collected $1,418, which was handed over to Japanese Ambassador to Brunei Darussalam Hirose Noriki in a ceremony.
The donation came from a charity bus trip to Miri and a Charity Bike Ride in collaboration with Bersatu Bikers Club (BBC), said Hj Rozan Hj Kaderi, Group Operational Manager of GreenFrog Management Services.   GreenFrog Management Services also handed over a "Care for Japan" T-shirt to the ambassador, as part of the efforts to raise awareness and disclosure on charity ventures for the less unfortunate

SUNGAI RIDE DI BULAN RAMADHAN 2011

Pada 13 Ogos 2011, Bersatu Bikers Club (BBC) telah jayanya mengadakan sungkai ride di RIVIERA RESTORANT di Daerah Belait. Ini adalah kali kedua BBC mengadakan majlis sungkai bersama YDP B53 Jahali Suhaili dan Timb YDP B55 Zaini Hj Puddin dan ahli-ahli BBC yang ikut serta.  Seperti yang lazimnya acara aktiviti serupanya adalah merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan setiap tahun menjelangnya bulan Ramadhan.

Aktiviti Kebajikan Membersihkan Tanah Perkuburan Orang Islam

 Bandar Seri Begawan - Pada 22 Julai 2011, Bersatu Bikers Club (BBC) telah mengadakan kempen amal kebajikan membersihkan tanah perkhuburan islam Sarai Pimping Kampung Sabun Pekan Muara sebelum menjelangnya bulan Ramadhan.  Aktiviti amal kebajikan ini dirancang terlebih awal bagi mengisikan kelepangan ahli BBC untuk datang dan berkerjasama membersihakan tanah perkhuburan berkenaan.

BBC MENYERTAI KEMBARA BERMOTOSIKAL BAGI TABUNG KEMANUSIAAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei (Petikan Media Permata)- Lebih 50 peserta terdiri daripada ahli Kelab Motosikal Bersatu, kumpulan Pacuan Empat Roda dan sukarelawan kumpulan KatakIjau menyertai program kembara amal bermotosikal bagi mengutip dana untuk tabung kemanusiaan banjir Australia dan gempa bumi New Zealand serta gempa bumi dan tsunami Jepun. Kembara itu dirasmikan oleh pengerusi jawatankuasa Belia Brunei Prihatin, Haji Mohd Noor Haji Hamid hari ini.  Program kembara amal bermotosikal ini bermula di Taman Permainan Jerudong Park dan melewati daerah Tutong, Sungai Liang, Pekan Seria dan Menara Cendera Kenangan daerah Belait.  Di setiap destinasi persinggahan, peserta kembara turut berinteraksi dengan belia-belia tempatan dan ketibaan peserta di daerah Tutong disambut oleh wakil dari Pejabat Dearah Tutong dan Majlis Belia Daerah Tutong di Kompleks Sukan Tutong sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Sungai Liang dan berhenti seketika di pusat membeli-belah Liang Toon. Peserta kemudian bergerak menuju ke daerah Belait dan singgah di Pekan Seria dan ketika berada di daerah ini, kumpulan disambut oleh Gabungan Ibu Bapa Kampong Pandan.  Peserta menamatkan kembara amal bermotosikal ke destinasi terakhir iaitu Tebingan Sungai Belait.
Kembara amal ini dianjurkan oleh kelab motosikal BERSATU dengan kerjasama kumpulan bertindak bantuan kemanusiaan KatakIjau di bawah urustadbir GreenFrog Management Services dan juga merupakan projek belia Brunei Prihatin, Jabatan Belia dan Sukan.
Ketua Rombongan Program Kembara Amal, Awang Rozan bin Haji Kadir(Kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada wakil Belia Daerah Tutong.

BBC BERAMAL SEMPENA HARI AIR SEDUNIA YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN KERJA RAYA (AIR) 2011

  Pada 01hb Mei 2011, BBC telah dijemput oleh Jabatan Kerja Raya (Air) Kementerian Pembangunan bagi beramal sambil mengeratkan silaturahim dengan kerajaan dan orang awam sempena Hari Air 2011.  Acara sampingan bagi memeriahkan lagi seperti gerai jualan, permainan bouncer dan nyanyian karaoke.  Acara antara lain kesedaran dalam mengamalkan cara hidup yang sehat dengan cara menjimatkan serta mengurangkan pengunaan air dalam aktiviti-aktiviti seharian.  Pihak BBC merakamkan ribuan terima kasih di atas layanan baik serta makanan dan minuman yang disediakan sepanjang acara dijalankan.