BIIBBF (Borneo Island International Big Bikers Fistival) 25 Hingga 27 Jun 2010

 
BIIBBF - Borneo Island International Big Bikers Fistival telah pun bermula pada 25 hingga 27 Jun 2010, bermulalah pesta Motosikal terbesar di kepulauan Borneo yang mana Negara Brunei Darussalam terpilih bagi mengendalikan Pesta Motosikal Antarabangsa Berkuasa Besar Kepulauan Borneo ke 11 (BIIBBF).  Sepertimana dalam petikan Media bertarikh 26/27 Jun 2010, Negara Brunei Darussalam sudah menjadi tuan rumah kali ketiga kepada pesta BIIBBF yang dianjurkan oleh Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) yang diketuai oleh YDP Haji Maidin bin Momin.  Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah pada acara ini selepas 5 tahun akan datang selepas Sabah, Kalimantan, Sarawak dan Labuan menjadi tuan rumah bagi acara ini.  Pada 26hb Jun, aturcara seperti Moto Show di Yayasan Bandar Seri Begawan juga diadakan, bagi peminat-peminat Motosikal tidak melapaskan peluang untuk melihat lebih dekat lagi  berbagai bentuk Motosikal yang dipamerkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan