BBC MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN YG KE 3 BAGI TAHUN 2011

Pada 30hb Jan 2011 - Persatuan Bersatu Bikers Club (BBC) telah pun jayanya mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun yang ke 3 bagi tahun 2011 yangmana diadakan bertempat di Masjid Kg Bukit Udal Daerah Tutong.  Majlis dipengerusikan oleh YDP B53 Awang Jahali bin Suhaili serta ahli-ahli Jawatankuasa yang terlibat.  Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diteruskan dengan bacaan surah Yassin dan doa selamat yang kemudiannya diikuti ucapan alu-aluan oleh YDP BBC yang diantara lain berkata sebagai ahli BBC kepada Kelab ini adalah berdasarkan kepada Kegemaran bermotosikal selain berkongsi pendapat dengan kelab-kelab atau persatuan yang lain ianya juga melibatkan diri kitani dalam melakukan kerja-kerja amal yang berkebajikan bagi sama-sama menghulurkan bantuan bagi memastikan nasib mesyarakat yang kurang bernasib baik akan mendapat perhatian dan dibantu bagi meringankan bebanan yang mereka hadapi.  Dalam kesempatan ini juga pihak BBC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Imam Masjid Kg Bukit Udal Daerah Tutong yang telah berkesudian melaksanakan bagi menyermpurnakan lagi majlis tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan